Saturday, October 11, 2008






Kuning itu STAMINA!!




Warna kuning sering kita kaitkan dengan warna ceria, good lucky & happiness. Ye Ker??? Tahukah kita sbnrnya warna kuning penuh dengan tenaga nie mampu memotivasikan diri spya senitiasa berfikiran positif!! Pastinya hari kita lebih ceria dan tenang. Jika tak percaya jom kita pakai colour kunig hari nie..patutlah DR HM TUAH ISKANDAR rajin tukar2 colour masa bagi talk kat tv..warna yg memang terang mampu menarik perhatian manusia..bukan manusia jer lembu pun suka…kuang..kuang..nak citer pengalaman lalu…hehehehe…ingat kenangan pakai payung merah..bukanyerrr baju warna merah…kelakarnya kena kejar lembu kat kubur plak tue…hehehe. Samb balik pasai warna kuning tue..tak semestinya baju jer kena pakai warna kunig..klu boys tu nak pakai baju kuning gi office memang hari tue menjadi topic yg hangat lagi top…klu nak tau topic aper…try test tgk…..(berani ker nak buat)..selain tu, kita blh juga menghias meja di pejabat mahupun bilik tidur dengan variasi brg berwarna kuning utk membantu mengaktifkan tenaga cakra dalam tubuh individu…sibuk menulis diri sendiri pun takde baju kuning barang kuning yg ada pun Cuma toys sesame street..lepas ni kena cari baju kuning lah….nak motivasi diri katakan

Saturday, September 27, 2008

jOM bELAJAR bAHasa JepUn...





Selamat Pagi - Ohaiyo Gonzaimasu


Selamat tengah hari - Konnichiwa


Selamat petang - Konbanwa


Terima kasih - Domo arigatoo gonzaimasu


Selamat malam- Oxasuminasai


Apa khabar? - Ogenki desuka/Ikaga desuka?


Siapa nama awak? - Anata no namae wa nan desuka?


Selamat datang - Irasshai mase

jadilah seperti lembah yg rendah.....


Jadilah seperti lembah yang rendah...
Gunung yang tinggi tidak dapat menakung air tetapi lembah yg rendah dapat menadah tasik. Semakin rendah semakin ia menadah air. Begitu juga dengan manusia, ketepikan rasa ego & bangga diri. Rendahkan diri buat seketika bagi menadah nasihat-nasihat yang diberikan tidak kira sesiapa pun yg memberikan nasihat..ia tetap bernilai...Lembah tidak mengira air hujan, air sungai atau pun mungkin air kumbahan...Lembah menadah & terus menadah...

Wednesday, August 13, 2008

kISAH pENDayung sAMpAN....



KiSah PendayuNg SampAN....


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak> ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan.""OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat"kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi."Ya"."Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu.Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.

Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendaayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus> nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai


Morale of the Story:


Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang ang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi"MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..

Tuesday, August 5, 2008

SEADANYA......



SEADANYA.....

Renung-renungkan dan selamat beramal….

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya....



Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya....



Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya....



Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....




Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….